i) Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Ukuran Piawai (Standard Unit)
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
a) Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran piawai
Alat Bantu Mengajar:
BEKAS X |
BEKAS Y |
2 SILINDER PENYUKAT |
- Guru menunjukkan 2 bekas iaitu bekas X dan bekas Y serta memberikan soalan kepada murid; Pada pendapat kamu bekas yang manakah yang akan dapat mengisi isipadu cecair dengan lebih banyak?
- Guru mengisi kedua-dua bekas itu(bekas X dan bekas Y) dengan air
- Guru menyediakan 2 silinder penyukat dan menuangkan air dari kedua-dua bekas itu iaitu bekas X dan bekas Y ke dalam setiap satu silinder penyukat
- Guru meminta murid-murid membaca bacaan kapasiti air pada kedua-dua bekas itu
- Bekas X berkapasiti 200ml manakala bekas Y berkapasiti 150ml
- Murid-murid mendapati bekas X mempunyai kapasiti air lebih banyak daripada bekas Y
- Murid membuat kesimpulan bahawa sesuatu bekas itu walaupun berbentuk tinggi seperti bekas Y , namun tidak semestinya akan mempunyai kapasiti air yang lebih banyak berbanding bekas yang rendah seperti bekas X.



