i) Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Ukuran Tidak Piawai
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
a) Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran tidak piawai
Alat Bantu Mengajar:
BEKAS A |
BEKAS B |
BEKAS C |
BEKAS D |
BEKAS E |
- Guru mempamerkan bekas-bekas yang setiap satu telah dilabel (A,B,C,D dan E)
- Guru memegang 2 daripada bekas-bekas itu iaitu bekas A dan bekas B
- Guru memberikan soalan;Bekas yang manakah yang akan dapat mengisi lebih banyak air?
- Guru memberikan galakan kepada murid agar membuat perbandingan dari segi ketinggian dan bentuk bekas-bekas itu
- Seterusnya guru memberikan soalan;Bagaimana untuk kita mengetahui bekas yang manakah yang akan dapat mengisi lebih banyak kapasiti air?
- Guru mengambil bekas A dan bekas B
- Guru meminta murid untuk mengisi air didalam bekas A
- Guru kemudian meminta murid lain untuk menuang air dari bekas A ke dalam bekas B
- Murid mendapati bahawa air didalam bekas A masih lagi mempunyai baki
- Murid membuat kesimpulan bahawa bekas A bersaiz rendah namun mampu mengisi kapasiti air lebih banyak daripada bekas B
- Guru meneruskan aktiviti dengan menggunakan bekas-bekas yang lain





