i) Pengajaran Menggunakan Ukuran Tidak Piawai (Non Standard Unit)
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
a) Membandingkan isipadu dua cecair dengan perbandingan secara terus
Alat Bantu Mengajar:
BEKAS A |
BEKAS B |
BEKAS C |
BEKAS D |
BEKAS E |
CAWAN |
Langkah-langkah aktiviti:
- Guru mempamerkan bekas yang setiap satu telah dilabel (A, B, C, D dan E)
- Guru memberikan soalan; Bekas yang manakah yang dapat mengisi lebih banyak air?
- Guru memberikan galakan kepada murid agar membuat perbandingan dari segi ketinggian dan bentuk bekas-bekas itu
- Guru mengambil bekas A dan bekas B
- Guru meminta murid menggunakan cawan bagi mengisi air kedalam bekas A
- Semasa murid mengisi air ke dalam bekas A, rakan-rakan di dalam kumpulan yang sama mula mengira bilangan cawan air yang digunakan untuk mengisi air
- Setelah diisi penuh air di dalam bekas A, murid-murid mendapati bahawa bekas A memerlukan 12 cawan air
- Kemudian guru meminta murid dari kumpulan lain untuk mengisi bekas B
- Murid-murid mendapati bahawa bekas B memerlukan 9 cawan air untuk diisi penuh
- Murid-murid membuat kesimpulan bahawa walaupun bekas A bersaiz rendah namun mampu mengisi kapasiti air lebih banyak dari bekas B
- Guru meneruskan aktiviti dengan menggunakan bekas-bekas yang lain






