i) Pengajaran Menggunakan Ukuran Tidak Piawai (Non Standard Unit)
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
a) Membandingkan isipadu dua cecair dengan perbandingan secara terus
Alat Bantu Mengajar:
BEKAS A |
BEKAS B |
BEKAS C |
BEKAS D |
BEKAS E |
CAWAN |
Langkah-langkah aktiviti:
- Guru mempamerkan bekas yang setiap satu di label (A,B,C, D dan E)
- Guru memberikan soalan;Bekas yang manakah yang akan mengisi banyak air?
- Guru mengambil bekas A dan bekas B
- Guru meminta murid menggunakan cawan untuk mengisi air kedalam bekas A
- Semasa murid mengisi air ke dalam bekas A, rakan didalam kumpulan mula mengira bilangan cawan yang digunakan untuk mengisi air ke dalam bekas tersebut
- Setelah murid mengisi penuh air, murid-murid mendapati bahawa untuk memenuhkan bekas A memerlukan 12 cawan air
- Kemudian guru meminta murid dari kumpulan lain untuk mengisi air ke dalam bekas B
- Murid mendapati untuk memenuhkan air ke dalam bekas B memerlukan 9 cawan
- Murid membuat kesimpulan bahawa walaupun bekas A bersaiz rendah namun mampu mengisi kapasiti air lebih banyak berbanding dari bekas B







No comments:
Post a Comment