Thursday, December 23, 2010

Mengukur Dan Membanding Kapasiti Isipadu Cecair

Salam 1 Malaysia
Tafsiran yang salah mengenai konsep isipadu cecair sering dihadapi oleh murid terutama semasa membuat perbandingan tentang kapasiti di antara dua buah bekas yang berlainan saiz dan bentuk. Murid sering membuat perbandingan berdasarkan kepada tinggi atau rendah sesuatu bekas dan bukannya pada kapasiti bekas tersebut. Justeru, guru perlulah tahu dan lebih berhati-hati bagi memastikan murid dapat memahami konsep ini dengan berkesan.  Di sini saya ingin berkongsi bersama beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid memahami konsep mengukur dan membanding kapasiti isipadu cecair. Segala kekurangan dan kelemahan saya pohon jutaan kemaafan. Terima kasih.

Saturday, November 27, 2010

Kedudukan Mata Ketika Membaca Isipadu Cecair Pada Silinder Penyukat


Video ini mampu menambah kefahaman murid dengan melihat lebih jelas mengenai tatacara membaca kapasiti isipadu cecair dengan betul.

Friday, November 26, 2010

Aktiviti 1-Kumpulan Murid Berpencapaian Tinggi

i) Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Ukuran Piawai(Standard Unit)

   Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
      a) Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran piawai






Alat Bantu Mengajar:
BEKAS X







BEKAS Y

2 SILINDER PENYUKAT



Langkah-langkah aktiviti:
  • Guru menunjukkan 2 bekas iaitu bekas X dan bekas Y serta memberikan soalan kepada murid; Pada pendapat kamu bekas yang manakah yang akan dapat mengisi isipadu cecair dengan lebih banyak?
  • Guru mengisi kedua-dua bekas itu(bekas X dan bekas Y) dengan air
  • Guru menyediakan 2 silinder penyukat dan menuangkan air dari kedua-dua bekas itu iaitu bekas X dan bekas Y ke dalam setiap satu silinder penyukat
  • Guru meminta murid-murid membaca bacaan kapasiti air pada kedua-dua bekas itu
  • Bekas X berkapasiti 200ml manakala bekas Y berkapasiti 150ml
  • Murid-murid mendapati bekas X mempunyai kapasiti air lebih banyak daripada bekas Y
  • Murid membuat kesimpulan bahawa sesuatu bekas itu walaupun berbentuk tinggi seperti bekas Y , namun tidak semestinya akan mempunyai kapasiti air yang lebih banyak berbanding bekas yang rendah seperti bekas X.









Thursday, November 25, 2010

Aktiviti 2-Kumpulan Murid Berpencapaian Tinggi

i) Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Ukuran Tidak Piawai

   Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
      a) Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran tidak piawai



Alat Bantu Mengajar:




BEKAS A
BEKAS B
BEKAS C
BEKAS D
BEKAS E



Langkah-langkah aktiviti:
  • Guru mempamerkan bekas-bekas yang setiap satu telah dilabel (A,B,C,D dan E)
  • Guru memegang 2 daripada bekas-bekas itu iaitu bekas A dan bekas B
  • Guru memberikan soalan;Bekas yang manakah yang akan dapat mengisi lebih banyak air?
  • Guru memberikan galakan kepada murid agar membuat perbandingan dari segi ketinggian dan bentuk bekas-bekas itu
  • Seterusnya guru memberikan soalan;Bagaimana untuk kita mengetahui bekas yang manakah yang akan dapat mengisi lebih banyak kapasiti air?
  • Guru mengambil bekas A dan bekas B
  • Guru meminta murid untuk mengisi air didalam bekas A
  • Guru kemudian meminta murid lain untuk menuang air dari bekas A ke dalam bekas B
  • Murid mendapati bahawa air didalam bekas A masih lagi mempunyai baki
  • Murid membuat kesimpulan bahawa walaupun bekas A bersaiz rendah namun mampu mengisi kapasiti air lebih banyak daripada bekas B
  • Guru meneruskan aktiviti dengan menggunakan bekas-bekas yang lain

Tuesday, November 23, 2010

Aktiviti 1-Kumpulan Murid Berpencapaian Rendah

i) Pengajaran Menggunakan Ukuran Tidak Piawai (Non Standard Unit)

   
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
   a) Membandingkan isipadu dua cecair dengan perbandingan secara terus




Alat Bantu Mengajar:
BEKAS X


BEKAS Y

12 BIJI CAWAN
Langkah-langkah aktiviti:
  • Guru menunjukkan 2 bekas iaitu bekas X dan bekas Y serta memberikan soalan kepada mereka; Pada pendapat kamu bekas yang manakah yang akan dapat mengisi isipadu cecair lebih banyak?
  • Guru mengisi kedua-dua bekas itu (bekas X dan bekas Y) dengan air
  • Guru menyediakan beberapa cawan dan mula menuang air dari bekas X ke dalam cawan
  • Murid mendapati air daripada bekas X mampu mengisi 8 biji cawan
  • Kemudian guru menuang air dari bekas Y pula ke dalam cawan
  • Murid mendapati air daripada bekas Y hanya mampu mengisi 4 biji cawan sahaja.
  • Murid membuat kesimpulan bahawa bekas yang tinggi kadangkala tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak berbanding bekas yang dilihat lebih rendah.

Sunday, November 21, 2010

Aktiviti 2-Kumpulan Murid Berpencapaian Rendah

i) Pengajaran Menggunakan Ukuran Tidak Piawai (Non Standard Unit)

   
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
   a) Membandingkan isipadu dua cecair dengan perbandingan secara terus


Alat Bantu Mengajar:
BEKAS A
BEKAS B
BEKAS C
BEKAS D

BEKAS E

CAWAN

Langkah-langkah aktiviti:
  • Guru mempamerkan bekas yang setiap satu di label (A,B,C, D dan E)
  • Guru memberikan soalan;Bekas yang manakah yang akan mengisi banyak air?
  • Guru mengambil bekas A dan bekas B
  • Guru meminta murid menggunakan cawan untuk mengisi air kedalam bekas A
  • Semasa murid mengisi air ke dalam bekas A, rakan didalam kumpulan mula mengira bilangan cawan yang digunakan untuk mengisi air ke dalam bekas tersebut
  • Setelah murid mengisi penuh air, murid-murid mendapati bahawa untuk memenuhkan bekas A memerlukan 12 cawan air
  • Kemudian guru meminta murid dari kumpulan lain untuk mengisi air ke dalam bekas B
  • Murid mendapati untuk memenuhkan air ke dalam bekas B memerlukan 9 cawan 
  • Murid membuat kesimpulan bahawa walaupun bekas A  bersaiz rendah namun mampu mengisi kapasiti air lebih banyak berbanding dari bekas B

Saturday, November 20, 2010

Rujukan

1) Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 2. Kementerian Pelajaran Malaysia.
2) Calvin Irons (2000). Teacher's Guide Year 1 Summer Term. Kingscourt
3) Mazlina Mohammed, Flora Kuah Ai Sim, Dr Pumadevi. S. (2004). Mathematics KBSR 2. Fajar Bakti